Friday 6 January 2017

Peranan al-hadis sebagai sumber rujukan dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan Islam





DUA2012: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM


Tajuk E-folio : Peranan Al-hadis sebagai sumber rujukan dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan Islam


Nama Pensyarah: Ustazah Noraini bt Nawawi




Nama ahli                                                           No. Pendaftaran:
1 1)   Wardathul Raudzah bt Mohd Sulaiman           02DEE16F1065
   2)   Norfaizah farhana bt Ismail                              02DEE16F1053
   3)   Nurfahmida bt Zamanhuri                                02DEE16F1086



SESI DIS 2016


    
1.0 PENGENALAN
2.0 PENGERTIAN
2.1 pengertian hadis
PERANAN HADIS DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
3.1 Kaitan  antara hadis dan sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam
 3.2 Fungsi hadis terhadap Al-Quran
  3.3 Peranan sains dan teknologi kesan         pengabaian sains dan teknologi
  3.4 Peranan yang dimainkan oleh sains dan teknologi serta penyelidikan
4.0 KEDUDUKAN AL-HADIS DALAM AGAMA ISLAM
5.0 TUNTUTAN MENGKAJI SAINS DAN TEKNOLOGI
6.0 KESIMPULAN
7.0 RUJUKAN
8.0 LAMPIRAN



1.0 PENGENALAN


Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmudalam Islam.Dalam bidang sains, sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’I dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yangbenar.Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat.Dalam hal ini,sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa ala mini adalahbersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan

Sains,teknologi dan kejuruteraan merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT melalui al-quran. Al-Quran ialah sumber intelektualdan spiritual islam yang agung. Kalam Allah SWT ini adalah asas bukan hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cabang ilmu pengetahuan. Al-Quran juga merupakan satu sumber utama dan inspirasi pandangan Muslim tentang kesepaduan Sains dan pengetahuan intelektual (Ab. Aziz, 2008).


Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki.Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para sainstis berteknologi muslim yangberiman dan berahklak dan Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dansains yang menolak spiritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumberwahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos.Logos adalahsatu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pulaumpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dankonkrit





2.0 PENGERTIAN

2.1 PENGERTIAN HADIS

      Hadis adalah segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketepatan dan persetujuan dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama islam. Hadis dijadikan sumber hukum dalam agama islam selain Al-Quran, Ijmak dan Qias, dimana dalam hal ini, kedudukan hadis merupakan sumber hukum kedua setelah Al-Quran.
Ada banyak ulama periwayat hadis, namun yang sering dijadikan referensi hadis-hadisnya ada 7 ulama, yakni Imam Bukhri, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Turmudzi, Imam Ahmad, Imam Nasa’i, dan Imam Ibnu Majah.

2.2 PENGERTIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmudalam Islam.Dalam bidang sains, sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’I dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar.Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat. Dalam hal ini,sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa ala mini adalahbersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.

3.0 PERANAN HADIS DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

3.1 KAITAN ANTARA HADIS DAN SAINS, TEKNOLOGI DAN                                     KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

      *Dalam kisah Isro’ dan Mi’roj juga terdapat isyarat kepada teknologi    pengangkutan. Di mana ketika kisah ini diceritakan kepada manusia ketika itu, masyarakat manusia mentertawakan Rasulullahh s.a.w dan  menuduhnya sebagai orang gila. Kerana perjalanan dari Mekah ke Jerussalem ketika itu bila menaiki unta yang tercepat sekalipun tetap mengambil masa 2 bulan untuk perjalanan pergi balik. Namun Rasulullah s.a.w mengaku  melakukannya hanya dalam tempoh  kurang dari semalaman. Padahal hal ini tidak mustahil bila kita memperhatikan kelajuan  kendaraan yang dinaiki Rasulullah  s.a.w:

ثُمَّ أُتِيتُ بِدَابَّةٍ أَبْيَضَ يُقَالُ لَهُ الْبُرَاقُ فَوْقَ الْحِمَارِ وَدُونَ الْبَغْلِ يَقَعُ خَطْوُهُ عِنْدَ أَقْصَى طَرْفِهِ فَحُمِلْتُ عَلَيْهِ ثُمَّ انْطَلَقْنَا حَتَّى أَتَيْنَا السَّمَاءَ الدُّنْيَا

“Kemudian aku didatangi binatang yang disebut Buroq, yang lebih tinggi dari keledai namun lebih pendek dari Baghol, yang setiap langkah kakinya adalah sejauh batas pandangan mata. Aku diba wa di atasnya, kemudian kami pergi hingga kami mendatangi langit dunia.” ( HR. Ahmad, Al-Bukhori, Muslim dan lain-lain )

*      Hadits ini meriwayatkan akan adanya teknologi pengangkutan dengan kelajuan yang tinggi, baik kenderaan darat mahupun  udara  seperti pesawat dan kapal terbang.
*      Sebelum berkembangnya ilmu arkeologi yang mencatat dengan penemuan fosil-fosil haiwan  yang bersaiz besar yang dikenali sebagai dinasaur, Rasulullah s.a.w telah meriwayatkan :

خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ طُولُهُ سِتُّونَ ذِرَاعًا … فَلَمْ يَزَلْ الْخَلْقُ يَنْقُصُ بَعْدُ حَتَّى الآنَ
“Allah telah menciptakan Adam  berdasarkan saiz,tingginya 60 hasta … maka makhluk akan selalu berkurang ( menyusut ukurannya ) sampai hari ini.” ( HR. Ahmad, Bukhori dan Muslim )

*      Hadits ini memberitahu bahawa manusia pada zaman Nabi Adam a.s  tingginya hingga 60 hasta. Sehingga wajar bilahaiwan-haiwan yang dikenali sebagai dinosaur  boleh mencapai panjang berbelasan meter. Namun semua makhluk terus menyusut dalam ukurannya  hingga berakhir penyusutan ukuran itu pada zaman ini, iaitu zaman Rasulullah s.a.w. Hadits ini juga membantah teori evolusi Darwin yang sama sekali tidak ilmiah.

*      Puluhan abad sebelum adanya teknologi televisyen, Al-Qur’an sudah menceritakan tentang adanya televisyen, sebagaimana disebutkan dalam kisah Ratu Balqis bersama Nabi Sulaiman :

فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَن سَاقَيْهَا قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُّمَرَّدٌ مِّن قَوَارِيرَ
“Maka tatkala dia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulai man: “Sesungguhnya ia adalah istana yang mengkilap yang terbuat dari kaca.” ( Qs. An-Naml : 44 )

*      Iaitu Ratu Balqis mengiranya sebagai kolam air yang besar kerana memang nampak seperti demikian. Benda yang seperti itu pada zaman sekarang dikenal sebagai TV yang skrinnya adalah kaca.

3.2 FUNGSI HADIS TERHADAP AL-QURAN

Fungsi hadis terhadap Al-Quran meliputi tiga fungsi iaitu :
·        Menguatkan dan menegaskan hukum yang terdapat dalam Al-Quran.
·   Menguraikan dan merincikan yang global (mujmal), mengkaitkan yang mutlak dan mentakhsiskan yang umum ('am), tafsil, takyid, dan takhsis berfungsi menjelaskan apa yang dikehendaki Al-Quran. Rasulullah mempunyai tugas menjelaskan Al-Quran sebagaimana firman Allah SWT dalam QS. An-Nahl ayat 44 :

 "Dan kami turunkan kepadamu Al-Quran agar kamu menerangkan kepada umat manusia            apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan"(QS. An-Nahl          44)
  Menetapakan dan mengadakan hukum yang tidak disebutkan dalam Al-Quran. Hukum yang terjadi adalah merupakan produk hadis/sunnah yang tidak ditunjukkan oleh Al-Quran. Contohnya seperti larangan memadu perempuan dengan bibinya dari pihak ibu, haram memakan burung yang berkuku tajam, haram memakai cincin emas dan kain sutra bagi laki-laki.

 3.3 PERANAN SAINS DAN TEKNOLOGI KESAN PENGABAIAN SAINS DAN            TEKNOLOGI

        Ilmu sains dan teknologi tanpa islam boleh diibaratkan seperti sebilah pedang di tangan seorang yang mabuk, atau cahaya api di tangan seorang pencuri yang memungkinkan dia mencuri barang-barang yang terbaik. Atas sebab inilah pemisahan antara Islam dengan sains dan teknologi hanya akan membawa kepada kemusnahan kerana mereka yang menguasai ilmu tanpa pimpinan agama akan dipimpin oleh nafsu haloba. Oleh itu peranan agama adalah sangat penting dalam memastikan segala ilmu termasuk sainsdan teknologi tidak disalahgunakan untuk kepentingan individu ataupun golongan tertentu. Senario dunia masakini juga seolah-olah menuntut umat islam untuk kembali untuk menguasai ilmu sains dan teknologi sebagai saluran untuk mencapai kemajuan dan pemodenan.

3.4 PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH SAINS DAN TEKNOLOGI SERTA PENYELIDIKAN :
    

     Membantu manusia mengenal pencipta sains dan teknologi serta penyelidikan menghantar penyelidik-penyelidik ke dasar atau punya ilmu Allah SWT atau ke persisian keagungan Ilahi Al-Alim, Al-Hakim dan Al-Khabir, Tajik Kajian (subjek matter), itu dilihat sebagai tanda-tanda keagungan Allah SWT (the sign of souverengnty Allah) di alam nyata yang tersusun rapi dan unik. Untuk memahami hakikat inilah, Allah SWT dengan perantaraan Al-Quran, Al-Karim menyebut tidak kurang dari 750 ayat menjelaskan fonemena saintifik yang terdapat alam nya ini. Menyingkap fenomena ini, bererti manusia telah berinteraksi dengan nama-nama Allah SWT dan sifat-sifatNya yang maha tinggi dan mulia secara langsung dan praktikal. Inilah maksudnya sains dan teknologi membawa manusia menerima dan mengiktiraf keagunganNya (accepted and acknowledged) dan beriman serta tunduk di bawah peraturan Allah SWT sebagai seorang Islam-aslamna lillah Muslimin.

4.0 KEDUDUKAN HADIS DALAM AGAMA ISLAM 


     Seluruh umat islam, tanpa pengecualian telah bersepakat bahawa hadis merupakan salah satu sumber ajaran islam. Ia menempati kedudukannya yang sangat penting setelah Al-Quran. Kewajiban mengikuti hadis bagi umat islam sama wajibnya dengan mengikuti Al-Quran. Hal kerana hadis mebayyin (penjelasan) terhadap Al-Quran. Tanpa memahami dan menguasai hadis sesiapa pun tidak mampu memahami Al-Quran. Sebaliknya sesiapapun tidak akan mampu memahami hadis tanpa memahami Al-Quran kerana Al-Quran merupakan dasar hukum pertama, yang didalamnya berisi garis besar syariat dan hadis merupakan dasar hukum kedua yang didalamnya berisi penyebaran dan penjelasan Al-Quran.

5.0 TUNTUTAN MENGKAJI SAINS DAN TEKNOLOGI

     Perbezaan ketara antara islam dan agama-agama lain ialah menganjurkan kajian dan penyelidikan secara terbuka terhadap bidang kuasa yang termampu oleh akal fikiran mengkajinya agar memperolehi sesuatu hakikat atau makna yang tepat terhadap sesuatu objek perkara atau fenomena kejadian di alam semesta ini.
     Tradisi Al-Quran dari Allah SWT membuka minda manusia untuk berfikir dan mengkaji kejadian di langit dan di bumi agar bertambah peranan akal rasional dalam meneliti hakikat kejadian Ilahi di hadapan mata mereka, kemudian Allah SWT mendorongkan jiwa halus serta perasaan fitrah mereka mengiktirafkan kehebatan ilmu dan teknologi Maha Pencipta yang terbentang secara konkrit untuk kegunaan dan faedah manusia.



6.0 KESIMPULAN

Hadis merupakan sesuatu yang penting dalam sains,teknologi dan kejuruteraan dalam islam. Apabila merujuk dari hadis umat islam boleh menjadi umat yang maju dan kuat. Melalui hadis banyak telah terbukti tentang sains yang dicapai oleh umat islam dan manusia. Disamping itu telah lahir ramai sarjana-sarjana islam yang membuktikan tentang kaitan hadis dengan sains. Sebagai seorang muslim,kita seharusnya mengambil cakna mengenai hadis yang telah dibuktikan dengan penemuan sains. Sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal,seharusnya bijak membezakan perkara yang bermanfaat dan sebaliknya.


7.0 RUJUKAN

*    Buku Rujukan Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam, Mohd Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad, Azman Ab Rahman, 2015, 

Oxford Fajar Sdn. Bhd.
4 Jalan Pemaju U1/15, Seksyen U1
Hicom-Glenmarie Industrial Park
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

* http://www.academia.edu/3788927/AA209_Sains_Teknologi_dan_Kejuruteraan_Dalam_Islam

*https://www.youtube.com/watch?v=LoyQpnJwpXg&t=47s


8.0 LAMPIRAN